Kerjaya Amy Nur Tinie

Ratu cantik

Amy telah menyertai banyak pertandingan ratu cantik di Malaysia, antaranya termasuk Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014 dan Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015.[1] Beliau juga pernah mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2019.[3]

Miss Lumiere International 2017

Beliau telah bertanding dalam edisi pertama Miss Lumiere International 2017 pada 4 November 2017, yang diadakan di Johor, Malaysia dan Singapura. Beliau dipertandingkan sebagai Miss Borneo dan muncul sebagai Naib Johan di belakang pemenang Diana Krasnova dari Siberia.[4]

Miss Eco International 2019

Amy telah dipilih sebagai Miss Eco Malaysia 2019 dan terpilih mewakili Malaysia di pertandingan berprestij di Mesir. Amy menggunakan media sosialnya untuk mengumumkan penyertaannya secara rasmi.[5][6] Sebahagian daripada hantaran beliau yang bertulis:

“PENGUMUMAN RASMI Saya berbesar hati untuk mengumumkan Saya MISS MALAYSIA ECO INTERNATIONAL 2019 anda dan saya akan bertanding di Mesir pada 13 - 30 Mac. Saya berjanji saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan rakyat Malaysia dan membawa kembali mahkota buat kali pertama. Saya akan membawa sokongan anda dalam hati saya sepanjang perjalanan saya! Jom lakukannya! KERANAMU MALAYSIA.”

Semasa bertanding di pertandingan itu, beliau ialah salah seorang daripada 15 finalis Terbaik untuk pertandingan Bakat Terbaik dan Naib Johan keseluruhan ke-4.

Pengacaraan

Beliau pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Shaza Bae yang disiarkan di TV1.[7]

Bidang lakonan

Kerjaya lakonan Amy bermula apabila beliau dipelawa oleh Awie untuk membintangi filem 10 Tips Tipu Bini (2021). Menerusi filem ini, beliau melakonkan watak sebagai seorang gadis lurus bendul yang bernama Eisya, seorang kakitangan pelatih.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Amy Nur Tinie http://www.imdb.com/name/nm12321533/ https://thepageantcrown.blogspot.com/2017/11/miss-... https://beautypageants.indiatimes.com/others/Amy-N... https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2020/0... https://www.hmetro.com.my/node/188070 https://www.hmetro.com.my/rap/2022/05/844864/amy-n... https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/672349/tua... https://www.kosmo.com.my/2021/02/12/seorang-lagi-r... https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/16/tumit-t... https://www.nona.my/pernah-digelar-anak-gajah-dora...